| Laman Utama | | | KBS |



Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Permohonan adalah dipelawa kepada belia WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengikuti latihan kemahiran Golf
dalam bidang dan jurusan berikut :
KOD KURSUS BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN SINOPSIS KURSUS PERSIJILAN TEMPOH KURSUS TEMPAT LATIHAN
J Teknologi Sukan        
SJC 02 Pengurusan Kemahiran Golf (Caddy) Peserta kursus akan mempelajari teknik asas pengurusan kemahiran golf, pendedahan kepada pemainan golf, kemahiran pengendalian peralatan di lapangan golf dan membantu pemain golf dengan memberi khidmat nasihat yang diperlukan
Sijil KBS bersama Persatuan Golf, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 6 bulan & (3 bulan latihan industri) Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di Kelab Golf Perhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
KONSEP LATIHAN
Konsep latihan adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran
(teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan / rekreasi dan khidmat masyarakat.
SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia di antara 18 - 25 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
3. Boleh membaca dan menulis
4. Belum berkahwin @ bujang
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta
8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
9. Pemohon yang tidak tamat latihan disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
MAKLUMAT
1. Semua kursus dijalankan mengikut tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL serta TEMPOH KURSUS
2. Permohonan hanya boleh dibuat dengan muat turun borang secara 'On-Line' iaitu melalui lama web http://www.ekbs.gov.my
3. Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi borang permohonan dengan
keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir
4. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web http://www.ekbs.gov.my pada tarikh yang akan ditentukan kemudian
5. Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan
6. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
7. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan
8. Pihak Kementerian akan memanggil calon untuk menghadiri sesi taklimat yang akan dijalankan jika perlu.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 25 OKTOBER 2011
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut : 03-88713682 / 3513 / 3685 / 3680 /3651
Alamat :
Kementerian Belia dan Sukan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Bahagian Pembangunan Kemahiran Kompleks Rakan Muda (KRM)
Aras 3, Menara KBS, Jalan Bukit Kiara 1,
Presint 4, 60000 Bukit Kiara,
62570 Putrajaya Kuala Lumpur
Pengarah: En. Khairul Adri - 019-2997701
Pen. Pengarah : En. Shaiful Nizam - 019-2793959/
En. Sharudin - 016-3354949